Sunday, May 19, 2013

Dilemma....

Assalamualaikum..

*kesat air mata yang jatuh atas keyboard*
Menaipnya saya pada saat dan ketika ini, pada waktu saya sedang sedih tatkala teringatkan sesuatu yang sangat hampa buat saya. Cuba teka apa dia?
Saya tak pernah rasa kekecewaan yang sebegini teruk, sangat teruk. Hati yang sakit dan hampa bagaikan gelas kaca yang jatuh ke lantai lalu pecah dan sudah pasti ianya tidak boleh di jadikan gelas kembali bukan?

Macam tu lah perasaan saya sekarang. Tersangat hampa. Harapan yang saya idamkan selama ni punah hancur berkecai. Macam tak boleh nak describe kan menggunakan perkataan.
Awak tahu apa yang saya rasa? 
Saya cemburu. Sakit hati. Saya kecewa. & hampa.
Hanya kerana tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti. 
Jangan pernah anggap ini remeh! Ini masa depan.

Awak tahu tak tinggi mana harapan saya?
Lagi tinggi daripada benda yang paling tinggi. Kekecewaan yang terlampau.

Tapi..
Saya terima semua ni dengan hati yang terbuka dan minda yang luas, sentiasa positifkan mindset sebab saya takmahu rasa kecewa lagi. Saya tahu Allah s.w.t dah aturkan perjalanan hidup yang lebih baik untuk saya. Kan kawan-kawan? Saya berharap selepas sahaja buat rayuan nanti, hati orang yang check rayuan tu akan terbuka luas nak terima saya masuk universiti, aamiin. Sebab saya ((amat sangat teramat)) teruja nak sambung belajar macam kawan-kawan yang lain. Dan langsung tak kisah universiti mana yang terpilih, atau jauh mana sekalipun saya tetap akan jejakkan kasi kesana.
Sebab..
Saya nak belajar. Saya rindu situasi semasa belajar :)
Anda semua doakan yang terbaik untuk saya ye? 

"Rabbi yaasir walaa tu aasir"



|Dua tiga hamster berlari, lain kali aku post lagi|

No comments:

Post a Comment

all things in this blog are belongs to misshoneyzrara