Saturday, June 30, 2012

Kembali pulang.

 

 Assalamualaikum..
Sudah sekian lama tidak menapak didalam belog ini & akhirnyaaaa.. Hari ini saya kembali menaip. Mungkin ini entri terakhir untuk tahun ini, dan mungkin juga akan ada entri yang seterusnya. Kita lihat saja nanti ^^

Untuk makluman anda sekalian, saya teramatlah sibuk menjalankan kewajipan saya sebagai seorang pelajar dan juga calon SPM 2012. Dan sebab itulah sudah sekian lama saya meninggalkan hobi menaip saya untuk lebih focus dalam pelajaran yang mungkin suatu hari nanti akan mencapai kejayaan. InsyaAllah. 
Perasaan gementar, takut, gelisah, gerun semuanya hadir tatkala teringatkan hari SPM yang bakal tiba. Di tanya dalam hati, "adakah cukup kuat untuk aku menghadapi ujian ini?" "adakah keputusan SPM yang bakal ku julang nanti dapat membanggakan ayah & ibuku?". Mengeluh sendirian. Saya akan berusaha kerana saya ingin berjaya. Kalian doakan semoga saya berjaya ya? :)

"Ingat, Allah suka pada orang yang berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dia mahu."



|Dua tiga hamster berlari, lain kali aku post lagi|

No comments:

Post a Comment

all things in this blog are belongs to misshoneyzrara