Monday, December 12, 2011

The Arrivals.

FREEMASON 

Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat). Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung.

Lambang Freemason

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.


Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu.

Okay, korang dah baca kan? Actually, hanis tak berapa nak faham pasal freemason ni. Seriously :/ Bila dekat facebook, twitter dorang dah mula post pasal si burung hantu tu, so hanis cuba selidik pasal freemason ni. Untuk pengetahuan lebih lanjut kan? And then tadi tanya uncle Google and dia suruh tanya Auntie Wikipedia. Hehe. Auntie Wikipedia bagitahu jawapan yang kat atas ni haaa. Hanis ada lah jugak tanya abang hanis. Dia terus suruh hanis buka youtube and search for :

THE ARRIVALS

Okayy, all content in this video is all about freemason and dajjal. Yang ni baru intro. Kalau korang rajin, tengok sampai last part yepp? Jum renungkan dan selamat menonton ^^

|Dua tiga hamster berlari, lain kali aku post lagi|

No comments:

Post a Comment

all things in this blog are belongs to misshoneyzrara