Saturday, July 23, 2011

The best best day ♥

Hari ini adalah hari paling bermakna buat aku dan juga rakan-rakan yang lain. Maybe.
Program Khidmat Masyarakat yang berlangsung pada hari nie meninggalkan seribu satu kenangan indah kepada aku. Tak boleh dinafikan, memang shiok habis lah buat kerja amal macam tu. Kami dibahagikan tugas untuk membersihkan kandang haiwan, memberi makan kepada haiwan, menyediakan makanan and menjaga pintu masuk utama. 
Okay, aku antara salah seorang yang terpilih untuk menjaga pintu masuk utama tu. Rakan seperjuangan yang setia menemani aku adalah shaz, liyana dan nazirah. Mula mula tu memang rasa down sangat bila Kak Wani (Officer Zoo) panggil kitorang berempat untuk jaga pintu tu. Sampaikan aku menangis! Yelah, dorang semua cakap jaga pintu nie tak best. Then tak boleh ini lah itu lah bla bla bla. Huhh, tapi tapi bila Abang Fahmi muncul untuk beri instruction, tiba tiba aku rasa macam ada satu 'aura' muncul. *okay, ayat aku lawak,
Aku dah mula okay lepas tu, boleh terima sikit dan akhirnya boleh terima semua! Alhamdulillah, kerja jaga pintu nie tak lah sesusah yang aku imaginekan, apa yang aku kena buat adalah pakaikan ticket barcode tu dekat tangan pengunjung. Thats all. First time buat kerja, mesti lah gementar kan. At last, aku boleh! Rasa seronok sangat and rasa taknak balik. Aku rindu sangat dekat abang abang keeper tu, so much! Dorang baik sangat, peramah. Excellent lah layanan dorang! Tabik springgggggg!
Thanks to Abang Faiz, Abang Fahmi, Abang Din yang banyak membantu kami dalam program nie. Terharu sangat! 

p/s : Bukan nak kecoh, tapi nak jugak! Hahah, aku rasa sedikit bangga ya sebab ada visitors 'mat salleh' cakap melayu kat aku. *buat muka bangga. Dia tanya 'apa khabar', korang ada? Takde kan, blah ah. Hahah.





|Dua tiga hamster berlari, lain kali aku post lagi|

No comments:

Post a Comment

all things in this blog are belongs to misshoneyzrara